16 April 2019

[APAKAH KEISTIMEWAAN KISWAH KAABAH?]


PADA 9 Zulhijah setiap tahun, ketika seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji berwuquf di padang Arafah, di kota Mekah atau lebih tepat Masjidilharam, selepas solat subuh akan berlangsung satu acara paling ditunggu-tunggu iaitu penggantian kelambu Kaabah atau kiswah.
Mengikut sejarah, kain atau kelambu itu untuk melindungi dinding Kaabah daripada rosak akibat kekotoran, debu dan panas. Kiswah dikatakan dipasang sejak zaman Nabi Ismail a.s., bagaimanapun tidak dinyatakan diperbuat daripada apa?
Meneliti satu demi satu sejarah kiswah adalah jelas, bangunan yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. itu melalui pelbagai proses bentuk kelambu yang ‘membaluti’ tempat suci tersebut. Bermula daripada kain tenunan kemudiannya kain benang kapas, kiswah juga difahamkan satu ketika dahulu tidaklah semestinya berwarna hitam pekat.
Kiswah pertama dikatakan diperbuat daripada kain tenunan berjalur Yemen berwarna merah. Selepas itu, kain tersebut juga pernah dikatakan berwarna putih, hijau dan kuning. Bagaimanapun, akhirnya kelambu itu ditetapkan berwarna hitam ketika Dinasti Abasiyyah.



Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu khususnya kelewatan kiswah tiba di Mekah pada bulan Zulhijjah, pengasas kerajaan Arab Saudi, Raja Ibnu Saud membuat keputusan untuk menghasilkannya sendiri melalui langkah mendirikan kilang di Kampung Jiyad, Mekah.

Dari semasa ke semasa pembuatan kiswah sentiasa menjadi perhatian. Ketika melawat kilang tersebut baru-baru ini bersama rombongan wartawan Malaysia, kami diberitahu sebanyak 120 kilogram (kg) benang emas tulen, 120 kg benang perak dan 670 kg sutera digunakan untuk menghasilkan kiswah. Setiap tahun kilang itu hanya mengeluarkan sebuah kiswah yang kebanyakan kerja sulaman ayat suci al-Quran dan tenunan dilakukan secara manual oleh pekerja warga tempatan. Hanya sebahagian kecil penghasilan kain menggunakan mesin moden.

Kos bagi menyiapkan sebuah kiswah mencecah RS22 juta (RM23.7 juta) menggunakan kain sutera berkualiti tinggi dari Itali dan benang emas serta perak tulen dari Jerman. Ia mengambil masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.
Antara kalimah atau ayat yang tertera dalam pintalan emas kiswah ialah syahadah, surah Ali Imran ayat 96, al-Baqarah ayat 144, surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Ketika zaman keagungan Islam, setiap khalifah bertanggungjawab melaksanakan pembuatan kiswah. Dahulu kiswah dikatakan diperbuat daripada sutera hitam dari Mesir dan bermula pada zaman Sultan Sulaiman yang memerintah Mesir pada sekitar tahun 950-an hingga pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an. Mengikut catatan setiap tahun, kiswah itu dihantar ke Mekah melalui jalan darat menggunakan tandu indah yang disebut mahmal.
Sumber: http://m.utusan.com.my/mega/agama/kehebatan-kelambu-kaabah-1.377547

NAK TAHU APA PULA KEISTIMEWAAN REPLIKA KISWAH KAABAH KAMI?


Reka bentuk replika kiswah kami adalah edisi tahun 2018. Ayat-ayat dan doa-doa yang tertera adalah sama dengan yang asal. Satu-satunya perkara yang berbeza ialah komposisi teks di bahagian bawah 2 panel. Dalam rekabentuk asal tulisannya dikhaskan untuk pujian kepada Raja Arab Saudi yang memerintah namun pihak kami telah menggantikannya dengan ayat-ayat pujian kepada Tuhan.




Desain kami dicetak dengan resolusi tinggi di atas kanvas yang kalis air serta mempunyai waranti sehingga 5 tahun.



Desain kami dicetak dengan resolusi tinggi di atas kanvas yang kalis air serta mempunyai waranti sehingga 5 tahun.



Deco khat boleh ditempah sekali dengan frame kayu dan kaca (optional).


Tempahan mengambil masa 7 - 14 hari bekerja.

Sila klik untuk maklumat: wasap.my/60193754540/KiswahKaabah
wasap.my/60193754540/KiswahKaabah


No comments:

Post a Comment

Anda Juga Mungkin Meminati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...